2012年4月1日星期日

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

            Sebagai manusia, hadapi masalah dalam berbagai bentuk dan rupa yang perlukan penyelesaian yang baik. Masalah mempunyai banyak kategori seperti misteri, puzzle, dilema dan peluang. Sesuatu masalah diselesaikan dengan segera manakala sesuatu isu perlu ditangani lebih berhati-hati supaya tidak menjadi lebih rumit dan menyebabkan susah diselesai.
            Sifat penyelesaian masalah mempunyai 4 ciri penting supaya individu menjadi seorang yang penyelesaian masalah yang berkesan. Pertama,motivasi yang kuat. Seseorang yang bersikap positif dan tidak mudah mengalah dapat mengatasi segala halangan dan kesusahan. Kedua, trait yang positif iaitu kebolehan seseorang untuk berusaha terus dan tidak mudah berasa bosan dalam menyelesaian masalah. Ketiga, Jati diri adalah penting untuk menyelesaian masalah seseorang itu apabila berada dalam kaedaan yang tidak stabil. Yang akhir, membina kemahiran seseorang dalam penyelesaian masalah dengan menggunakan berbagai-bagai teknik dan model.
            Terdapat 6 jenis masalah yang memerlukan penyelesaian yang tersendiri. Misteri ialah keadaan yang biasa berlaku dalam kehidupan. Masalah ini tidak dapat diteranakan untuk mencari sebab tentang berlakumya sesuatu hal. Seterusnya, tugasan yang dilakukan oleh seseorang dengan jelas memerlukan teknik-teknik tertentu yang perlu desalurkan kepada orang yang hendak menjalankan tugasan. Kadang-kadang, dalam kehidupan juga ada mempunyai perkara yang sukar diselesai kerana pelaksanaanya adalah rumit, mencaber dan kompleks. Kesukaran mempunyai 2 kategori, iaitu subjetif (sifat seseorang yang negative)  dan objektif (perkara yang berada di luar individu seperti kemahiran). Keempat, peluang adalah penting kerana ia membawa keuntungan. Kita hendaklah menumpukan perhatian kepada peluang yang diterbitkan. Yang lain, dalam situasi yang tidak pasti untuk mencari jawapan yang betul juga salah satu masalah dihadapi oleh manusia. Dilema adalah situasi di mana amat sukar dicari untuk menangani dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya.
            Satu model penyelesaian masalah secara logic dan saintifik dengan menggunakan 8 langkah. Langkah pertama ialah mendefinisikan masalah. Ini adalah penting kerana sekiranya kita tidak penyelesaian yang diusahakan mungki tidak membawa kesan yang diingini. Sebaliknya, kita dapat menyelesaikan masalah baru yang muncul di mana kita tidak disangka. Langkah kedua ialah mengkelaskan masalah berdasarkan tinggi atau rendahnya risiko yang ada.Kita boleh menyelesaikan masalah yang paling tinggi risikonya selepas mengenal pasti tiap-tiap masalah itu. Langkah ketiga adalah menentukan objektif. Ini penting kerana ia akan menentukan apa yang diingini daripada perkara yang dilaksanakan. Langkah keempat ialah tentukan ukuran kejayaan. Kita hendaklah menetapkan kriteria kejayaan kepada sifatnya di dalam menyelesaikan masalah. Langkah kelima adalah mengutip data. Pengumpulan data mempunyai lima peringkat. Pertama, kita hendaklah mengenalpasti maklumat yang diperlukan dan bagaimana untuk mendapati. Kedua, Kita perlu mengenalpasti prosedur untuk mengumpul maklumat yang tercicir. Ketiga, kita kenal pasti sebab bagaimana hendak menerbitkan maklumat.  Keempat, kita perlu menstrukturkan maklumat yang tersusun supaya senang difahami.Yang akhir, membina opsyen untuk membuat keputusan berdasarkan kepada maklumat dan data yang dikumpul. Seterusnya, langkah yang keenam ialah membuat keputusan kepada maklumat yang dikumpul dan membuat keputusan untuk memilih opsyen yang paling tepat dilaksanakan. Langkah ketujuh ialah melaksanakan keputusan yang diambil. Ini adalah mudah kerana semua proses tindakan telah dihuraikan. Kemahiran adalah syarat yang penting untuk melaksanakan sebarang tugasan. Penyesuaian ialah kebolehan untuk menyelesaikan diri dalam semua keadaan yang berubah. Kebolehan untuk bekerja dalam kumpulan adalah perkara yang penting dalam melaksanakan opsyen.
            Penilaian adalah penting kerana ia memberi gambaran yang telah diambil tentang keberkesanan tindakn penyelesaian masalah. Dalam penyelesaian secara saintifik melibatkan proses empirical induktif seperti mengadakan hipotesis sebagai penggeraknya. Mengumpul maklumat adalah peringkat yang membezakan kaedah saintifk dengan kaedah-kaedah tidaksaintifik. Seterusnya ,membuat kesimpualn yang tepat dan keputusan yang adil perlu di buat pada peringkat ini.
            Penyelesaian secara kreatif  adalah penting. Beberapa faktor yang menyebabkan kita tidak dapat mencari penyelesaian kreatif. Pertama, terlalu mempermudahkan masalah. Kedua, tidak mahu melihat lebih jauh disebalik apa yang ada di depan kita. Ketiga, tidak menyoal semula andaian yang kita gunakan. Dengan ini, kita perlu mencari cara untuk mentafsir dan menghadapinya.
            “Six Thinking Hats (1985) membincangkan tentang kaedah Enam Topi Berfikir yang harus dipakai satu lepas satu secara berasingan oleh setiap manusia seperti Topi Hijau (melambang pemikiran kreatif dan subur), Topi Kuning (melambang pemikiran positif dan konstruktif), Topi Putih (melambang pemikiran objektif) ,Topi Hitam (melambang pemikiran negaif dan kritikal), Topi Merah (melambang pemikiran emotif), Topi Biru( melambang langit di atas).
            Penyelesaian melalui perasaan. Kebolehan ini dimiliki oleh seseroang individu sepenuhnya, Kecerdasan pemikiran tidak memadai tanpa dibantu oleh kecerdasan emosi dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Penyelesaian secara Islam mempunyai dua corak yang popular, iaitu pendekatan hokum dan pendekatan sufi. Pendekatan Hukum merupakan bentuk bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Pendekatan Sufi dianggap bersifat moral dan spiritual. Walaupun kedua-dua pendekatan kelihatan terpisah tetapi sebenarnya mereka saling melengkapi kerana bertitik tolak daripada ajaran Islam secara keseluruhannya.

Disediakan,
 Tan Su Fuen
212029
Kumpulan C

没有评论:

发表评论